Tuesday, December 13, 2011

Menghina/merendahkan Imam Bukhari r.a dan Imam Muslim r.a.

Blog Lama FT -
Tarikh: Jun 16, 2007







Mereka Keliru Siapa Ahlul Bait

by


RUJUKAN SUNNI YANG LAIN: Imam Ahmad dalam Musnad-nya, V, hal. 189, dan al-Hakim dalam Mustadrak, Jilid III, hlm 148 dan menurut kedua-duanya hadis di atas jika mengikut ukuran Bukhari dan Muslim dikira Shahih. Mengapa ia tidak dimasukkan dalam Shahih mereka jika begitu? Hanya Bukhari dan Muslim sahajalah yang berhak menjawabnya. Tetapi bukanlah menghairankan sangat kerana sikap Bukhari yang memasukkan lebih seribu periwayat dari kalangan khawarij (yang membenci ahlul bait) dalam Shahihnya menunjukkan berlaku ketidakadilan dalam pemilihan hadis yang dikutip. Sedangkan Imam Bukhari hidup sezaman dengan Imam Zaki Askari yang sama sekali tidak dirujuk oleh beliau.


Mungkin juga Imam Bukhari takut dengan pemerintah Abbasiyyah waktu itu (yang mana dinasti Abbasiyyah amat anti dengan ahlul bait)? Atau Imam Bukhari memang ulama pemerintah, yang percaya kerapatan dan keintiman dengan pemerintah boleh menjadikan pemerintah mendengar nasihatnya?

Entah, itu perlu tanya kepada mereka.

Friday, April 1, 2011

Membongkar Pembohongan Dr.Faisal Tehrani dan Dakyah Syi'ah Part 1

BLOG-ANALISA-FAISAL TEHRANI:

Beginikah perbuatan seorang yang mengaku SUNNI, pembaca sekalian?
Ada seorang yang memberi komentar di bawah blog jejaktinggalanrasul bahawa artikel ilmiah di bawah ini bak meludah di langit...
Bila dijawab ilmiah dengan ilmiah, tetap juga dikatakan meludah!

Jadi, perlukah kita lebih menerima jenayah ilmiah seorang Faisal Tehrani terhadap mazhab sunni?


Dari blog:
http://salsabilaelmardhiyyah.blogspot.com/2010/12/membongkar-pembohongan-drfaisal-tehrani.html

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2011/01/meratap-faisal-tehrani.html


Menjawab Isu Dari laman
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/wikileaks-rupa-rupanya-aisyah-pun.html

Sumber asal yang menghuraikan kenyataan ini boleh dirujuk kembali dari laman blog suami saya: http://nasaie.blogspot.com/


DR. FAISAL DAN TANGISAN

ASYURA DAN TANGISAN

Artikel kali ini tidak ingin saya panjangkan tulisannya.

Saya akan terus membincangkan dalil-dalil yang di bawa oleh Dr. Faisal demi menyokong upacara 'Asyura yang saban tahun dirayakan oleh Syi'ah Rafidhah yang telah menyimpang dari landasan al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW dan petunjuk Ahli Keluarga Rasulullah SAW yang mulia.

Berdasarkan tulisan ini, maka akan jelaslah kedangkalan ilmu hadith dan tafsir Dr. Faisal Tehrani dan bagaimana beliau hanya mengambil frasa-frasa yang menyokong bid'ah dan dakyahnya sahaja dan pada masa yang sama meninggalkan frasa-frasa lain yang bakal menyembelih tengkuknya sendiri!

KAMI KATAKAN 'YA' PADA MENANGIS

Ayat-ayat al-Quran yang dibawa oleh Dr. Faisal tidak kami ragukan lagi. Bahawasanya tangisan kerana memikirkan kalam Ilahi, tidak dapat menyertai jihad kerana tiadanya kelengkapan perang seperti kenderaan, mengenangkan dosa silam dan sebagainya, adalah dituntut oleh Islam.

Ia menjadi petunjuk bahawa hati seseorang individu itu masih mempunyai sekelumit iman. Masih ada dalam hatinya rasa takutkan Allah, pembalasan hari kiamat dan neraka yang disediakan Allah SWT untuk hamba-hambanya yang kufur dan menderhaka kepadaNYA.

Beliau juga membawa kisah Nabi Ya'qub alaihis salam yang menangisi anakanda Baginda iaitu Nabi Yusof alaihis salam sehinggakan buta kedua-dua belah matanya.

Ingin ditanya kepada Dr. Faisal, di bahagian manakah ayat-ayat al-Quran ini yang menunjukkan bahawa tangisan tersebut disertakan dengan teriakan, meratap meraung dan sebagainya yang seringkali dilakukan oleh golongan Syi'ah Rafidhah?

Jawapan yang pasti ialah TIADA!

Dr. Faisal yang kononnya berhujjah dengan al-Quran untuk menggalakkan tangisan, beliau juga sebenarnya yang lupa bahawa Syia'ah Rafidhah yang telah meninggalkan ajaran al-Quran dengan cara menokok tambah tangisan tersebut dengan upacara-upacara yang tak jauh bezanya dengan perayaan Hindu di Batu Caves!

Bahkan dalam kisah Nabi Ya'qub alaihis salam, siapakah yang mengatakan bahawa Baginda menangisi seorang insan yang telah meninggal dunia?

Bahkan Nabi Ya'qub alaihis salam mengetahui bahawa puteranya masih bernafas melalui wahyu Allah SWT. Sesiapa sahaja yang mendalami tafsir surah Yusuf akan memahami isi kandungan surah tersebut dan apa yang saya sampaikan ini.


ANALISA HADITH-HADITH YANG DIJADIKAN HUJAH OLEH DR.FAISAL

Sebagaimana artikel-artikel yang lepas, Dr. Faisal masih lagi tak jemu-jemu untuk mengemukakan dalil hadith dari kitab Ahli Sunnah.

Kononnya,melalui cara ini, beliau berjaya membuktikan bahawa tradisi meratap dan meraung ini ada juga dalam tradisi dan sumber-sumber muktabar Sunni sendiri.

Dan akhirnya, beliau menuduh kita zalim terhadap Syi'ah kerana kita tidak mengkaji sesuatu isu secara telus bahkan secara membabi buta menuduh Syi'ah tanpa bukti yang jelas dan kukuh!

Alangkah dangkalnya kesimpulan yang dibawa.

Sebagaimana yang diketahui, Dr. Faisal bukanlah seorang graduan bahagian tafsir ataupun hadith. Oleh yang demikian,memang jelaslah bahawa Dr. Faisal tidak dapat membezakan sumber rujukan primer atau sekunder bagi kedua-dua bidang pengajian Islam ini.

Bahkan nama-nama kitab yang disebutkan oleh beliau juga menunjukkan kepincangan beliau dalam meneliti peringkat dan keabsahan sesuatu rujukan. Apatah lagi untuk beliau memahami metodologi penulis kitab berkenaan.

Jika kedudukan sesuatu kitab dan metodologi penulis tidak difahami dengan baik, maka mana mungkin isi kandungan kitab dapat dihidangkan di kalangan pembaca dengan kefahaman yang betul dan jelas.

Hadith yang dinilai dhaif oleh para pengkritik hadith telah disembahkan kepada pembaca sebagai sahih dan dijadikan hujah!

Alangkah pincangnya ilmu beliau sehingga saya tertanya-tanya, apa guna ijazah kedoktoran yang ada?

Saya tidak marah jika beliau mahu menulis tentang Ahmadi Nejad atau Iran.

Tetapi jika ingin menulis tentang Islam,ingin saya katakan padanya 'HORMATILAH PENGKHUSUSAN ILMIAH!'

(A) Beliau membawa dalil hadith Rasulullah SAW yang bersumber dari hadith Anas Ibn Malik semasa kewafatan anak Baginda SAW iaitu Ibrahim r.anhu.

Jika diteliti hadith riwayat al-Bukhari itu (no.1303) maka kita akan dapati kenyataan Rasulullah SAW iaitu " Kita tidak akan menyebut/mengatakan sesuatu kecuali yang meredhakan Tuhan kita."

Frasa ini seharusnya diberikan penekanan oleh kita semua.

Frasa ini seharusnya dilihat bersama dengan sebuah lagi hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang juga bersumber dari hadith Abdullah Ibn Umar (no.1304) dan juga oleh Imam Muslim (no.924) iaitu 'Allah SWT tidak akan mengazab seseorang itu disebabkan tangisan ataupun kesedihan hati.Tetapi Allah SWT akan mengazab disebabkan ini (maka Rasulullah SAW menunjukkan kepada mulutnya) dan begitu juga Allah akan mengazab seseorang yang berdoa dengan doa jahiliah.'

Berdasarkan dua hadith di atas, dapatlah difahami bahawa Rasulullah SAW memerintahkan agar kita mengelak menghadapi kematian sebagaimana orang jahiliah menghadapi kematian samaada dari segi percakapan ataupun perbuatan.

Tradisi arab jahiliah semasa menghadapi kematian adalah dengan terpekik terlolong, meratap, meraung, memukul badan dan menaburkan pasir dan debu tanah di atas badan.

Perkara ini semuanya telah dilarang oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadith-hadith yang sahih. Adapun saranan al-Quran ialah agar kita mengucapkan istirja' iaitu ' Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un.'


(B) Dr. Faisal juga telah membawa dalil hadith dari Musnad Imam Ahmad yang menceritakan kesyahidan Hamzah r.anhu di Uhud.

Dalil yang kedua ini menunjukkan kepincangan dan kebejatan Dr. Faisal dalam mengemukakan dalil.

Maaf di atas kekasaran bahasa saya!

Masakan saya tidak marah apabila hadith tersebut dipotong bahagian yang penting yang bakal memancung batang leher Syiah Rafidhah!

Alangkah kejinya sifat tidak amanah dalam menukilkan hadith Rasulullah SAW dan kalam ahli ilmu. Inilah Syiah zaman berzaman.Hidup dengan pendustaan!
Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh para ulama' hadith seperti berikut :

(a) Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith kesyahidan Hamzah r.anhu dan tiadanya sesiapapun yang menangisi Hamzah r.anhu melalui 3 jalan yang semuanya bersumber dari jalan Usamah Ibn Zaid daripada Nafi' daripada Ibn Umar r.anhum.(no.4984,5563 dan 5666).{penomboran adalah edisi Syaikh Syuaib al-Arnauth,al-Risalah)

(b) Abu Ya'la al-Musili telah meriwayatkan hadith tersebut juga dari jalan Usamah Ibn Zaid dan dari jalan Anas Ibn Malik.(no.3610){penomboran adalah berdasarkan nota kaki Tanqih al-Tahqiq,edisi Adwa' al-Salaf}

(c) Ibn Majah telah meriwayatkan hadith ini juga melalui jalan Usamah Ibn Ziad.(no.1591) {penomboran edisi Dr.Bassyar 'Awwad,Dar al-Jail}

Sealain daripada tiga ulama' ini, masih terdapat tokoh-tokoh hadith yang lain yang memuatkan hadith ini dalam kitab-kitab mereka seperti al-Tahawi, Ibn Abi Syaibah dan lain-lain tetapi semuanya adalah bersumber daripada jalan Usamah Ibn Zaid daripada Nafi' daripada Ibn Umar r.anhuma.

Secara amanah ingin dinyatakan di sini bahawa para ulama' hadith berselisih pendapat tentang status hadith ini antara yang mendhaifkan dan yang menghasankan hadith ini.

(1) Antara yang mendhaifkan hadith ini ialah al-Busiri dalam Misbah al-Zujajah dan Ibn al-Jauzi dalam al-Tahqiq.

Mereka mendhaifkan hadith ini kerana ia bersumber dari Usamah Ibn Zaid.Ibn al-Jauzi berhujjah dengan kata-kata Imam Ahmad bahawa Usamah meriwayatkan hadith-hadith yang mungkar dari Nafi'. Yahya Ibn Said al-Qattan juga meninggalkan hadith Usamah. Dan Usamah di sisi mereka adalah dhaif.{ms 679,670,jil 2, tanqih al-Tahqiq, edisi Adwa' al-Salaf}

(2) Majoriti ulama' hadith menghukum hadith ini sebagai Hasan.Mereka adalah seperti Syaikh Ahmad Syakir dan Syaikh Syuaib dalam tahqiq al-Musnad, Syaikh al-Albani dan Syaikh Bassyar 'Awwad dalam tahqiq Sunan Ibn Majah.

Ini,kerana pada mereka Usamah Ibn Zaid dinilai sebagai 'hasanul hadith' (hadithnya hasan) dengan syarat beliau tidak menyalahi riwayat perawi lain yang lebih terpercaya (thiqah).

Apapun, jika hadith ini dhaif maka ia tidak boleh dijadikan hujjah.

Jika hadith ini sahih (dan ini adalah pendapat yang lebih tepat) maka ia juga menjadi pedang tajam buat membongkar jenayah ilmiah Dr. Faisal!

Bagaimana?

Beliau telah menterjemah kenyataan Rasulullah SAW iaitu ' Hamzah,tiada seorang pun yang menangis untuknya ' melalui satu sudut yang lain iaitu seolah-olah Rasulullah SAW menyuruh para wanita tersebut menangis untuk Hamzah. Ia juga mengandungi isyarat bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kita agar menangisi pejuang Islam.

Apapun tafsiran beliau,kenapa disembunyikan penghujung hadith tersebut?

Dalam hadith yang sama Rasulullah SAW telah terganggu tidurnya pada malam itu kerana suara tangisan para wanita ansar itu. Maka Rasulullah SAW telah memerintahkan agar mereka disuraikan dan Baginda melarang umat Islam untuk menangis lagi atas kematian seseorang selepas itu (yang melebihi batasan yang dibenarkan syarak).

Nah, lihatlah nilai amanah Dr.Faisal!

Dan dalam masa yang sama,ketika sampainya berita tangisan ahli keluarga Ja'far setelah syahidnya beliau, maka Rasulullah SAW telah memerintahkan mereka agar mereka ditegah daripada menangis. Setelah diberitahu kepada Rasulullah SAW bahawa mereka tidak berhenti, maka Rasulullah SAW telah memerintahkan agar disumbat tanah ke dalam mulut mereka.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari (no.1299) dan al-Nasaie (no.1846) melalui hadith 'Aisyah r.anha {penomboran berdasarkan edisi al-durar al-saniyyah}

Nah, lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam masalah tangisan ini.

Hadith wanita Ansar menangis itu adalah selepas perang Uhud. Pada hari yang sama juga Rasulullah SAW telah menegah dari menangisi si mati secara berlebihan. Dan syahidnya Ja'far,Abdullah Ibn Rawahah dan Zaid Ibn Harithah adalah dalam peperangan Mu'tah yang berlaku lama selepas itu. Dan Rasulullah masih lagi bertegas agar jangan ditangisi secara melampau.

Nah, di manakah amanah Dr. Faisal?


(C) Adapun hadith Fatimah r.anha menangisi Ja'far r.anhu dan sabda Rasulullah SAW bahawa seharusnya ditangisi kematian insan seperti Ja'far maka hadith tersebut telah disebut oleh Imam al-Suyuti dalam al-Jami' al-Saghir (no.5465).

Lafaz tersebut telah dirawayatkan oleh Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (6666/550/3) dalam menceritakan kisah syahidnya Ja'far r.anhu.

Namun hadith itu dinilai dhaif oleh Syaikh al-Albani kerana seorang perawinya adalah majhul.
(n0. 3883,jil 8,ms 340,edisi matabah al-ma'aarif).

Dalam masa yang sama, hadith ini bertentangan dengan riwayat al-Bukhari dan al-Nasaie di atas yang melarang ahli keluarga Ja'far daripada menangisi beliau. Bagaimana mungkin,di sini Rasulullah SAW menggalakkannya pula.

Bagi para pelajar hadith, semata-mata di sebut Musannaf Abd al-Razzaq, dia sudah tahu cerita yang berkaitan dengan riwayat-riwayat sebegini dalam kitab tersebut. Di sini bukan perbahasannya.

Menyembunyikan apa yang bakal meruntuhkan bid'ah puak Syiah Rafidhah kesayangannya!


(D) Adapun riwayat bahawa 'Aisyah r.anha meratapi kematian ayahnya iaitu Abu Bakr r.anhu,maka ingin dinyatakan di sini,dari perkataan manakah diterjemahkan perkataan 'meratap'.

Dalam riwayat-riwayat tersebut yang ada ialah kalimah 'yabkiina' iaitu mereka menangis.Terjemahan nya ialah menangis dan bukannya ratapan seumpama ratapan jahiliah. Tambahan pula, apabila perkara itu (menangis beramai-ramai di rumah Abu Bakar) diketahui oleh Umar r.anhu, maka Baginda telah meleraikannya. Ini menunjukkan bahawa Baginda sedang melaksanakan perintah Rasulullah SAW agar tidak ditangisi si mati apatah lagi berhimpun untuk menangisinya sebagaimana dalam hadith syahidnya Ja'far di atas.

(E) Riwayat al-Tirmizi bahawasanya Ummu Salamah telah bermimpi didatangi Rasulullah SAW dalam keadaan berdebu janggut dan rambutnya kerana kematian Husain r.anhu, maka telah dijelaskan sebelum ini.Hadith itu didhaifkan oleh Imam Tirmizi sendiri dalam kitabnya.

Di manakah amanah ilmiah wahai Dr. Faisal?

(F) Adapun ayat Surah al-Zaariyat itu, ingin ditanya,dari kalimah manakah ia menunjukkan perbuatan memukul mukanya itu berulang-ulang?


KESIMPULAN

Akhirnya, jelaslah kepincangan Dr. Faisal dalam mengemukakan dalil dan meneliti uslub bahasa Arab dalam memahami dalil.

Beliau tidak bisa mengkaji rentetan sesuatu peristiwa untuk menentukan yang mana dahulu dan yang mana kemudian. Ilmu ini penting untuk mengetahui hukum hakam yang paling akhir yang dititahkan oleh Rasulullah SAW.Ilmu inilah yang dipanggil ilmu nasikh dan mansukh.

Beliau juga buta ilmu Usul Fiqh dalam memahami dua topik penting iaitu perbahasan :

(a) Keabsahan fatwa, kenyataan dan perbuatan seseorang sahabat

(b) Keabsahan syariat orang terdahulu (dalam kes ini ialah perbuatan Sarah dan Nabi Ya'qub alaihis salam)

Akhirnya,nasihat saya buat diri saya dan semua,berpegang teguhlah pada al-Quran dan al-Sunnah. Jauhkanlah diri kalian dari syubhat Syiah Rafidhah yang menyeleweng.Doakan hidayat untuk kita dan mereka.

Ameen..

Membongkar Pembohongan Dr.Faisal Tehrani dan Dakyah Syi'ah Part 2

DR. FAISAL DAN JENAYAH ILMU

Sekali lagi artikel saya akan menyentuh tentang Dr. Faisal.

Kali ini, ia menyentuh tentang sikapnya yang tidak menghormati pengkhususan ilmiah.

Artikel yang memuatkan hadith bahawa 'Aisyah r.anha juga meratap semasa kewafatan Rasulullah SAW.


Bunyinya pun dah mungkar!

Kenapa artikel sebegini kerap ditulis oleh Dr. Faisal sejak akhir-akhir ini?

Jawapanya adalah mudah iaitu, 10 Muharram semakin dekat. Ia adalah untuk menjustifikasikan perbuatan golongan sesat Syiah Rafidhah yang meratap meraung sambil memukul tubuh badan mereka sempena mengenang kesyahidan Husain r.anhu.

Pada saya, walaupun dia menyatakan rujukan dalam artikelnya, ia tetap menggambarkan jenayah ilmu yang telah dilakukan oleh beliau!

Apabila seseorang itu memasuki sesuatu yang bukan bidangnya, maka akan zahirlah kejahilannya dalam meneliti rujukan dan sumber kajian. Beliau mana mungkin membezakan sumber primer dan sekunder bagi sesuatu bidang jika beliau tidak menghabiskan masa dalam bidang tersebut.

Semuanya main tangkap muat tanpa sebarang penilaian ilmiah mengikut bidang tersebut.

Bahkan inilah sikap Dr. Faisal terhadap bidang hadith dari dahulu lagi. Beliau secara mudah menukilkan sesuatu hadith dan berhujjah dengannya tanpa kajian yg kritis. Bahkan hasil kajian beliau dinisbahkan pula terhadap Ahli Sunnah.

Dan sama juga kesnya dengan hadith yang kononnya 'Aisyah r.anha meratap semasa wafatnya Rasulullah SAW. Lantas ia dijadikan hujjah bahawa meratap meraung atas sesebuah kematian adalah bersumber dari tradisi Sunni sendiri. Akhirnya beliau menuduh kita berlaku tidak adil terhadap Syiah yang berkabung, menangis dan meraung demi mengenang syahidnya Husain r.anhu!

ANALISA HADITH 'AISYAH R.ANHA


Rujukan yang diberikan oleh Dr.Faisal adalah bersumber dari Sirah Ibn Ishaq.

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq daripada Yahya Ibn 'Abbad daripada 'Abbad Ibn 'Abdillah Ibn al-Zubair daripada 'Aisyah r.anha.

Muhaqqiq kitab telah menilai hadith itu dengan kata-katanya iaitu ' Isnadnya adalah Hasan' iaitu hadith ini adalah baik dan justeru boleh dijadikan hujjah.

Di sinilah akan terserlah kepincangan ilmu seseorang yang tidak menjadikan hadith sebagai pengkhususannya.


(A) Kedudukan riwayat Ibn Ishaq ini dalam kitab-kitab hadith.

Hadith ini telah dimasukkan oleh Imam Ahmad dalam al-Musnad (no.26348,jil 43,ms 368/369). Ia juga berasal dari riwayat Ibn Ishaq.

Ia juga dikeluarkan oleh Abu Ya'la (no. 4586) dan oleh al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwwah (213/7) juga melalui jalan Ibn Ishaq.{penomboran adalah berdasarkan tahqiq Syaikh Syu'aib,edisi al-Risalah.}

Hadith yang sama juga telah dikeluarkan oleh Ibn Sa'ad dalam al-Tabaqat namun ia adalah melalui jalan Muhammad Ibn Umar al-Waqidi. Al-Waqidi adalah 'matruk' di sisi ahli hadith iaitu handithnya tidak boleh diterima langsung.{nota kaki Musnad Ahmad ms 369,hil 43} dan {Irwa' al-Ghalil,ms 86,jil 7,edisi al-Maktab al-Islami}

Maka jelaslah di sini bahawa hanya satu jalan sahaja yang boleh dipertanggungjawabkan di sini iaitu jalan Ibn Ishaq.

(B) Apakah status Ibn Ishaq di kalangan para pengkritik hadith?

Saya tidak mahu mengulas panjang tajuk ini kerana ia bernilai thesis lengkap PhD.Mana mungkin hendak ditulis kesemuanya di sini.

Secara umum di sisi para pengkritik hadith, Muhammad Ibn Ishaq Ibn Yasar dinilai sebagai 'hasanul hadith' iatu hadithnya hasan dengan syarat ia tidak bersendirian dalam periwayatan dan riwayatnya tidak menyalahi riwayat para perawi lain yang lebih terpercaya (thiqah) berbandingnya.

Perbahasan tentang beliau boleh dilihat dalam kitab-kitab perawi utama hadith seperti al-Kamil oleh Ibn 'Adi,Tahzib al-Kamal oleh al-Mizzi,al-Kasyif oleh al-Zahabi, Tahzib al-Tahzib oleh Ibn Hajar, Taqrib al-Tahzib oleh Ibn Hajar dan lain-lain.

(C) Setelah kita mengetahui kedudukan Ibn Ishaq di sisi para pengkritik hadith, maka kita dapati beliau bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini. Dan ia menyanggahi riwayat para ulama' hadith lain yang bersumber dari hadith 'Aisyah r.anha sendiri semasa menceritakan tentang detik kewafatan Rasulullah SAW.

Imam al-Bukhari telah meriwayatkan hadith 'Aisyah r.anha dalam banyak tempat dalam Sahih al-Bukhari.Hadith tersebut bernombor 890,1389,3100,3774,4438,4446,4449,4450,4451,5217 dan 6510.

Dalam riwayat di atas, tiada satu pun riwayat yang menyatakan bahawa 'Aisyah r.anha dan para wanita lain meratap sambil menampar muka dan badan mereka. Sedangkan riwayat-riwayat di atas yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan juga Muslim (137/7) adalah bersumberkan riwayat perawi utama dari 'Aisyah r.anha iaitu 'Urwah Ibn al-Zubair.

Jika hendak dibahas tabaqat perawi dari madar isnad (punca sanad dan dalam kes ini ialah 'Aisyah r.anha), maka riwayat 'Urwah adalah didahulukan berbanding riwayat 'Abbad.Maka Hadith 'Abbad yang bersumber dari jalan Ibn Ishaq tidak boleh diterima dan dihukum syaz dan munkar!

Kenyataan inilah juga yang disebut oleh Syaikh Syuaib dalam nota kaki Musnad Ahmad iaitu " Dalam hadith ini ada nakarah (iaitu ada lafaz yg munkar) dan lafaz itu tidak dikenali dalam melainkan dalam riwayat ini sahaja.Dan 'Aisyah r.anha,isteri Rasulullah SAW, tidaklah tersembunyi dari pengetahuannya akan hadith Abdillah Ibn Mas'ud yang meriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda, " Bukanlah dari kami golongan yang memukul pipi dan badan, merobek-robekkan baju dan berdoa dengan doa jahiliah." {jil 43,ms 369}.

Dan tambahan saya, 'Aisyah r.anha juga adalah salah seorang perawi hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (no.931) iaitu mayat akan diazab disebabkan tangisan ahli keluarganya,(iaitu tangisan yang melebihi had yang dibenarkan Islam sebagaimana diperincikan oleh hadith Ibn Umar yg diriwayatkan oleh al-Bukhari (no.1304).

Berdasarkan bukti ini, maka yang jelas di sisi ahli hadith di sisi Ahli Sunnah ialah penambahan lafaz bahawa 'Aisyah r.anha memukul badan beliau sambil meratap bersama-sama wanita yang lain adalah penambahan yang munkar dan sekali gus tidak boleh dijadikan hujjah agama.

(D) Bagaimana pula dengan kenyataan peneliti kitab tersebut bahawa isnad hadith Ibn Ishaq adalah Hasan?


Di sini, kita akan nampak ketidaktelitian penulis yang tidak mendalami selok belok ahli hadith.

Jika dipelajari kitab-kitab mustalah hadith, maka kita akan dapati sebab kenapa para ulama' membezakan antara kenyataan 'Hadith Sahih/Hasan' dan 'Isnad Sahih/Hasan'.

Kenyataan 'Isnad Sahih/Hasan' tidak menjamin kesahihan atau kehasanan sesuatu hadith. Kerana ia adalah hukuman terhadap sanad dan bukan nya matan.Biasanya para ulama' akan menyebut isnad hasan/sahih jika ada sesuatu yang mereka ingkari dalam matan tersebut.

Namun perbahasan ini ada syarat-syaratnya yang perlu diteliti dan difahami oleh orang biasa. Dan di sini bukan tempat untuk dijelaskan semuanya.

Sila lihat kitab-kitab mustolah seperti Tadrib al-Rawi, al-Muqaddimah, Ikhtisar Ulum al-Hadith, Fath al-Mughith dan lain-lain.


KESIMPULAN

Berdasarkan keterangan ringkas di atas, maka jelaslah bahawa hadith Ibn Ishaq itu tidak dinilai hasan oleh para pengkaji hadith. Bahkan Syaikh Syuaib yang menyatakan bahawa isnadnya adalah hasan,beliau sendiri yang menilai penambahan lafaz 'memukul badan' itu sebagai munkar.

Apatah lagi jika ia menyalahi riwayat hadith 'Aisyah bersumber dari riwayat perawi yang lain dan dalam masa yang sama menyalahi hadith 'Aisyah yang diriwaytkan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang mayat akan diseksa disebabkan tangisan kaum keluarganya!

Dan ingin ditanya kepada Dr. Faisal,sejak bila hadith 'Aisyah menjadi hujjah di kalangan kalian?

Bukankah beliau kafir di sisi kalian?

Bukankah dalam kitab kalian seumpama Bihar al-Anwar ada bab khusus untuk melaknat 'Aisyah?

Demi Allah, aku telah baca riwayat-riwayat itu dalam Bihar dengan kedua mataku!

Sungguh keji kalian!

Hanya Allah yang Maha Memberi Hidayat.

Menyalahkan Sunni untuk Novel Popular!

BLOG-ANALISA-FAISAL TEHRANI:

Sejak tahun 2006 lagi, FT telah pun menyalahkan mazhab sunni untuk kebejatan ummah!
Apakah kalian masih mahu menyokong penulis yang telah kerap kali menghina ulama' ASWJ dan kali ini, menghina mazhab kita pula!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm

ARKIB : 12/11/2006


Novel popular salah siapa?

Oleh: FAISAL TEHRANI

SEKIRANYA kita membaca buku karangan Ismail Hamid, berjudul Arabic and Islamic Literary Tradition kita akan segera mengerti yang kemunculan novel atau fiksi popular di dunia Islam adalah satu fenomena sekularisme yang disuburkan oleh dunia sunni.

Tanpa perlu menyalahkan kapitalis dan sekularis di Malaysia hari ini kita boleh melihat kecenderungan yang fatal dalam dunia sastera ini secara kronologis.

Orang awam mungkin tidak tahu yang tradisi naratif Arab adalah lisan dan selepas kedatangan awal Islam ia masih dalam bentuk lisan. Tukang cerita misalnya dibenarkan bercerita di dalam masjid.

Malahan Rasulullah S.A.W. dikatakan gemar mendengar cerita-cerita Tamim al Dari. Kisah-kisah yang disampaikan ketika zaman Abu Bakar dan Umar menurut Ismail Hamid bersumberkan al-Quran dan hadis. Kadangkala kisah-kisah dari sumber Yahudi dan Nasrani dari sahabat dan mereka yang telah memeluk Islam ikut disampaikan.

Adalah dipercayai terdapat 28 orang tukang cerita di zaman awal Islam dan mereka dibenarkan mengguna masjid untuk tujuan bercerita. Akan tetapi Imam Ali telah membataskan penggunaan masjid dalam hal ini ketika pemerintahannya kerana tukang cerita pada waktu itu sudah mulai bercerita untuk tujuan hiburan.

Ketika era perang Siffin antara Imam Ali dan Muawiyah, pengikut-pengikut kedua belah pihak menggunakan cerita sebagai satu bentuk kempen.

Sejarah menyaksikan banyak hadis dan jejak sirah difiksikan oleh pihak yang berkepentingan untuk mempertahankan legasi mereka dalam pemerintahan dan sebagainya. Justeru kita mendengar pelbagai kisah mengangkat kemuliaan orang tertentu sedangkan ia diada-adakan.

Di zaman Umaiah, cerita-cerita menjadi satu bentuk hiburan dan mulai dicetak dalam bentuk buku. Kekayaan empayar Islam dan kelekaan umat Islam dunia sunni mendorong pula kemunculan kisah-kisah yang sama sekali hiburan sahaja.

Kisah-kisah cinta erotik seperti Laila Majnun contohnya ditulis ketika ini. Bentuk sastera popular ini berkembang dan menjadi saingan sastera sufi. Sastera sufi pada waktu itu dilihat sebagai satu bentuk penyataan dan pelarian daripada kehendak nafsu rendah pemimpin dan masyarakat umum.

Ketika dinasti Abasiah, perkembangan sastera menjadi lebih rencam dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu yang pertamanya adalah kategori kisah-kisah cinta, balada dan satira. Keduanya roman tentang hero tertentu, kisah-kisah berbentuk keagamaan, naratif linguistik dan karya-karya yang lebih mempunyai unsur falsafah.

Namun begitu fenomena fiksi popular ini kurang menimpa dunia syiah di mana penulisan kreatif merangkumi puisi, drama dan fiksi lebih berlegar seputar hal-hal benar tentang keluarga Nabi Muhammad (ahlul bait) dan peristiwa- peristiwa sedih yang menimpa mereka.

Kita didedahkan dengan hakikat yang dunia syiah lebih menumpukan kepada penulisan kreatif yang berbentuk perkabungan khususnya mengingati tragedi Karbala di mana Imam Husein telah disembelih oleh tentera-tentera Yazid bin Muawiyah.

Ini terpancar pertamanya menerusi tradisi bercerita mereka yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk. Bentuk pertama adalah ratsa atau elegi yang selalunya diungkapkan dalam bahasa Parsi. Hal ini berlaku kerana penganut syiah kebanyakannya berasal dari Iran.

Puisi-puisi ini selalunya adalah berbentuk ratapan dan kesedihan mengenai tragedi demi tragedi yang menimpa pengikut ahlul bait Nabi Muhammad dan para imam mereka yang berasal dari keluarga suci Nabi.

Peristiwa tragis As-syura yang menimpa Imam Husein dan keluarganya di padang pasir Karbala misalnya mempunyai nilai paling besar dan diberi posisi paling penting dalam karya-karya elegi ini.

Bentuk kedua ialah drama pentas yang dinamai Takziah di mana ia mulai merakyat ketika zaman pemerintahan Muizzuddaulah Ahmad bin Buyeh yang berkuasa di daerah Iran pada tahun 342 hijrah atau sekitar tahun 953 masihi.

Baginda telah mengeluarkan perintah supaya takziah mengenai peristiwa Karbala diluaskan sehingga menjadi pementasan rakyat di bazar perniagaan. Drama Takziah ini kemudian berkembang biak sehingga menjadi satu genre drama yang khusus di mana terdapat prinsip-prinsip tertentu untuk mementaskannya.

Di kala masyarakat sunni hiruk-pikuk dan leka dengan Laila Majnun dan pelbagai lagi karya sampah dan hanya memiliki nilai hiburan yang tiada khasiat untuk agama dan bangsa, masyarakat syiah mengulit dan menekuni karya-karya cerita yang mengandungi isi, wacana dan pemikiran tinggi.

Karya-karya cerita mereka masih berkisar mengenai tragedi dan ketidakadilan yang menimpa para imam. Sekali lagi peristiwa Karbala mendapat tempat yang signifikan.

Antara kitab-kitab cerita dan kisah mengenai Karbala yang berwibawa dalam mengungkap tragedi tersebut ialah Miftahu Al-Naja fi Manaqibi Aali Al-‘Abahal, Al-Khashaishu Al- Kubra, Al-Kawakibu Al-Durruiyyah, Is'afu Al- Raghibin, Nuuru Al-Abshar, Ihqaqu Al-Haq, Kifayatu Al-Thalibhal, dan yang paling berkesan dalam menggambarkan kejadian di Karbala, Kufah dan Damsyik mengenai peristiwa penyembelihan cucu Rasulullah itu tentulah Maqtalu Al-Husain.

Setelah memahami betapa dunia sunni bertanggungjawab dalam menyumbang kepada kemunculan dan penyemaian seni popular khususnya sastera pop yang tidak ada erti eloklah kita kembali kepada Islam sejati atau Islam sebenar yang belum dipesongkan oleh Muawiyah dan pemerintah-pemerintah seterusnya. Seni Islam yang dimaksudkan ialah seni Islam yang pernah diterokai oleh Rasulullah.

Untuk itu kita harus kembali kepada kehadiran Islam yang telah menganugerahkan kita dengan sebuah mukjizat yang kekal sepanjang zaman iaitu al-Quran. Secara umumnya al-Quran telah memberi kesan yang luar biasa ke atas sastera Arab.

Penyair-penyair zaman jahiliah misalnya turut mengagumi keajaiban al-Quran sehingga mereka memeluk Islam. Antaranya yang mendapat hidayah menerusi keagungan al-Quran ini ialah ialah penyair Labid dan Khansa. Antara aspek atau unsur yang dikemukakan al-Quran, yang mempesonakan mereka ialah pengulangan beritma.

Baginda Rasulullah sendiri dikatakan amat menggemari puisi. Rasulullah juga memanfaatkan bakat penyair-penyair seperti Hassan bin Thabit, Kaáb bin Malik dan Abdullah bin Rawahah untuk penyebaran Islam.

Dalam kalangan sahabat, menantu Rasulullah Imam Ali adalah yang paling berbakat sekali. Kehebatan Nahjul Balaghah misalnya menunjukkan penguasaan sastera baginda amat hebat dan memukau. Karya-karya puisi daripada penyair Islam yang terawal misalnya telah dihimpunkan di dalam al Mufadalliyat dan al Asmaiyat. Ibnu Qutaibah juga menghimpunkannya di dalam al Shi'rwa al Shuára sementara Ibnu Salam menyusun syair atau puisi yang ada di dalam Tabaqat Fuhul al Shuára.

Puisi dakwah semakin kukuh seiring dengan penyebaran Islam untuk mendepani karya-karya batil penyair jahiliah yang antara lain ialah Abd. Allah bin Zibári, Dirar bin al Khattab, Durayd bin al Simah, Amr bin al As, Umayyah bin Abi al Salt, Buhayrah bin Abi Ahab al Mahzumi dan Abu Sufyan bin al Harith.

Kejatuhan kota Mekah dan kemenangan Islam di Tanah Arab seterusnya telah melahirkan bentuk puisi lain pula. Perubahan politik ini telah mendorong penyair-penyair jahiliah yang memeluk Islam menulis puisi-puisi untuk memuji Nabi Muhammad dengan tujuan memohon kemaafan daripada baginda.

Antara penyair yang mencetuskan genre ini ialah Asid bin Abi Iyas al Kinani. Beliau dinamai oleh Rasulullah sebagai salah seorang musyrik yang mesti dihukum tetapi ketika Rasulullah dapat menguasai semula kota Mekah, Asid telah memohon maaf daripada baginda Rasul sambil menyusun puisi memuja-muja baginda.

Seorang lagi penyair jahiliah yang memeluk Islam ialah Kaáb bin Zuhayr anak kepada penyair terkenal waktu itu Zuhayr bin Abi Salma. Kaáb telah menulis dan mendeklamasikan puisi berjudul Banat Suád. Tetapi apa yang lebih menarik ialah Kaáb telah mencipta puisi beliau dengan menggunakan gaya puisi zaman jahiliah.

Rasulullah bagaimanapun tidak membantah malah menghadiahkan penyair ini burdah baginda. Dari sinilah bermulanya puisi-puisi memuja Rasulullah yang kemudian dalam kalangan orang sunni dikenali sebagai burdah. Puisi memuji Rasulullah ini kemudian berkembang menjadi satu genre di dalam sastera Islam. Di rantau Melayu, genre ini lebih dikenali sebagai Maulid dan dinyanyikan ketika perayaan Maulud Nabi.

Pada zaman awal Islam, karya sastera seperti puisi juga digunakan untuk menaikkan semangat dan moral tentera Islam. Penyair jahiliah telah mendeklamasikan puisi-puisi mereka untuk menyemarakkan lagi perasaan tentera-tentera kafir Quraisy. Cara sama digunakan oleh penyair-penyair Islam.

Hassan bin Thabit misalnya ikut menulis puisi dengan isinya antara lain menyeru supaya jihad dilancarkan ke atas musuh Islam, memuja kemenangan tentera Islam dan menggambarkan ganjaran yang bakal mereka terima kerana mempertahankan akidah Islam dan keimanan mereka. Genre ini turut merebak di rantau ini bagi tujuan sama.

Hikayat Prang Peuringgi misalnya ditulis oleh orang-orang Aceh dengan tujuan untuk menyeru orang-orang Islam bersatu menentang penjajahan Portugis di Tanah Melayu pada awal abad ke-16. Begitu juga karya seperti Hikayat Prang Kompeni bagi tujuan menentang Belanda dan Hikayat Prang Sabi.

Selain itu puisi sufi juga merupakan salah satu genre penting di dalam sastera Islam. Ia dikatakan mula dikarang oleh penyair-penyair di zaman Umaiah dan mempengaruhi sastera Islam di rantau lain. Selepas kesyahidan Imam Ali, Muawiyah mengambil alih tampuk pemerintahan dan bermulalah dinasti Umawi, era yang dikatakan tidak lagi semurni zaman awal Islam dan Khulafa ar Rasyidin.

Kebejatan moral pemerintah khususnya Yazid Bin Muawiyah yang minum arak terang-terangan di khalayak ramai dan rakyat yang semakin menggilai material menyebabkan ada kalangan penyair memutuskan diri dari dunia sekeliling, iaitu kehidupan dunia dan menulis puisi-puisi kerohanian.

Antara tokoh-tokoh sufi yang ikut aktif dalam dunia sastera ialah Hasan al Basri, Rabiáh al Adawiyah, Ibnu al Arabi, Farid al Din Attar dan Jalaluddin al Rumi. Ia ikut mempengaruhi rantau Nusantara dan melahirkan penyair seperti Hamzah Fansuri dengan Syair Burung Pingai, Syair Perahu dan Syair Dagang.

Sayugia diingatkan puisi sufi ditulis kebiasaannya bukan untuk dinikmati oleh orang biasa melainkan juga untuk dinikmati oleh orang sufi atau semata-mata sebagai satu bentuk luahan perasaan mereka dalam mengecapi nikmat pengalaman rohani yang luar biasa.

Genre lain di zaman awal Islam ialah khutbah dan ucapan serta warkah. Kedua- dua genre ini bagaimanapun tidak berkembang tetapi sedikit sebanyak masih mempengaruhi sastera Islam di rantau ini.

Imam Ali dengan Nahjul Balaghah menunjukkan keupayaan sastera yang tinggi dengan ucapan-ucapan berseni yang bernas, menggunakan bahasa yang tinggi dan berkias selain memuatkan pemikiran, wacana dan seruan terhadap kebenaran (tauhid) yang amat utuh.

Dalam erti kata lain, untuk membetulkan keadaan yang sedang melanda masyarakat sastera kita hari ini, iaitu kebanjiran novel popular yang tiada faedah dan hanya meneruskan tradisi lagha pemerintah seperti Yazid bin Muawiyah dan pengikutnya kita perlulah kembali kepada sunnah yang sebenarnya.

Sunnah yang sebenar, yang ditinggalkan oleh Rasulullah untuk seniman ialah sastera harus mempunyai fungsi dakwah, dan ilmu. Paling tidak, jalur yang diterokai oleh dunia syiah boleh dijadikan teladan kerana mana yang baik haruslah kita ambil sementara perkara batil seperti yang terpancar dalam seni ketika pemerintahan Umaiah dan Abasiah haruslah kita jauhi sejauh-jauhnya.

Saya Tidak Menyebarkan Syi'ah. Tapi....

Sebagai Sunni yang mencintai Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya yang mulia, sanggupkah kita terima kata-kata FT yang katanya, "tidak menyebarkan Syiah. Tapi..." menghina para sahabat satu persatu?
Sanggupkah kalian?
 

Blog: http://abunaaielah.blogspot.com/2011/03/saya-tidak-menyebarkan-syiah-tapi.html

09 Mac 2011
Apakah kata-kata begini boleh diterima?:


"Saya tidak menyebarkan syi'ah, tapi saya hanya mengingatkan bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. bukan merupakan manusia maksum. kerana itu kita perlu mengkaji perbuatan khalifah yang menyalahi al-Quran."

"Saya tidak menyebarkan syi'ah, tapi saya hanya mengungkitkan kembali kezaliman rejim Abu Bakar "
 (lihat http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/11/perempuan-berkalung-sorban-dan.html - baca di perenggan ini -> Malah ramai umat Islam tidak tahu latar belakang Fatimah Zahra bagaimana beliau mencabar regim yang ada di saat-saat akhir hayatnya. )


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya mengingatkan kepada anda kejahatan sahabat-sahabat seperti khalid bin al-walid yang telah membunuh seorang muslim dan berzina dengan isterinya." (jawapannya lihat: http://abunaaielah.blogspot.com/2009/07/menjawab-syiah-peristiwa-pembunuhan.html)


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya mengingatkan kepada anda bahawa abu hurairah bukan lama memeluk islam. bagaimana beliau boleh meriwayatkan hadith begitu banyak. dan bagaimana beliau meriwayatkan hadith ketika beliau belum lagi memeluk islam. bukankah itu bermakna beliau berbohong."

(jawapannya lihat: http://abunaaielah.blogspot.com/2009/04/tohmahan-terhadap-abu-hurairah-ra-dan_21.html)


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya mahu anda terbuka fikiran dan mahu anda membaca buku ini. (seperti akhirnya ketemukan kebenaran, malam-malam peshawar, dailog sunnah syiah) dan pelbagai lagi buku propaganda syiah yang akhirnya memeningkan kepada ASWJ."


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya nak mengingatkan kepada anda bahawa nama syi'ah sudah terdapat pada zaman Nabi s.a.w. dan di dalam al-Quran sedangkan ASWJ adalah nama dan ajaran yang wujud selepas 300 tahun kewafatan Nabi s.a.w...."

.................dan pelbagai lagi bentuk dakyah yang disebarkan oleh Syi'ah............

Apakah perkara tersebut tidak termasuk dalam katogeri menyebarkan fahaman Syi'ah dan meragukan ASWJ terhadap ajaran / pegangan mereka sendiri.?

Dicatat oleh abunaaielah di 11:56 PM 

Thursday, March 31, 2011

Bantahan Terhadap Dakyah Syiah Faisal Tehrani di Seminar Pencinta Buku ITN

Blog:
http://ikatkata.wordpress.com/2010/09/22/bantahan-terhadap-dakyah-syiah-faisal-tehrani-di-seminar-pencinta-buku-itnm/

Oleh Mohd Riduan Khairi



Petikan kertas kerja Shariati, Rumi & Saya : Pengalaman Estetika Membaca Karya-karya Terjemahan : Perspektif Penulis Oleh Dr Hj. Mohd Faizal bin Musa (Faisal Tehrani), Pensyarah Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

“Abu Hurairah melaporkan, “Kami sedang duduk bersama sahabat Rasulullah SAW ketika surah al-Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat, “…dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang…” Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami ada Salman al-Farisi. Rasulullah SAW berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, “Sekiranya iman berada di bintang Surayya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya.” (Sahih Muslim, Kitab Fadhail as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108)

Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38 berfirman, “Dan jika kami berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang akan menggantikan kami? Baginda menepuk bahu Salman al-Farisi dan bersabda, “Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Surayya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Parsi.” (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, halaman 182)

Ulasan saya

Hadith pertama saya semak di dalam buku Ringkasan Sahih Muslim oleh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, terjemahan dan terbitan Gema Insani Jakarta. Hadithnya benar dengan sedikit perbezaan pada terjemahan, yang tidak membawa perubahan apa-apa.

Manakala perenggan kedua saya semak di dalam Tafsir Ibnu Katsir yang disusun oleh Dr Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh terjemahan dan terbitan Pustaka Imam Asy-Syafie, Jakarta. Namun dalam terjemahan ini, sepertinya kisah Salman dan bangsa Parsi yang didakwa oleh Faisal tidak ada. Ada bebarapa faktor, pertama mungkin kisah itu sudah ditahkik (nilai semua kesahihannya) oleh penulis kemudian dipadamkan. Kedua, mungkin kisah ini sudah disebutkan dalam ayat yang lain, oleh itu penyusun memadamkan untuk meringkaskan tafsir.

Imam Muslim dan Ibnu Kathir Hanya Batu Loncatan

Faisal sengaja membawa dua petikan dari dua sumber Ahlus Sunnah yang paling berotoriti iaitu Sahih Muslim dan Tafsir Ibnu Katsir. Di sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kitab hadith yang paling tinggi otoriti ialah Sahih Bukhari, kemudian Sahih Muslim. Manakala dalam bidang tafsir pula, antara kitab tafsir yang disusun secara paling lengkap dan paling berotoriti ialah Tafsir Ibnu Katsir disusun oleh Imam Abu Fida’ Ibnu Katsir. Beliau merupakan salah seorang anak murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Sengaja saya menyebutkan nama Ibnu Taimiyah di sini kerana ia turut disinggung oleh pembentang lain yang menterjemahkan Rehlah Ibnu Battutah.

Faisal menuduh Imam Muslim dan Imam-imam Hadith yang laih sebagai tidak amanah dengan menggunakan perkataan ‘one sided’. Saya catatkan di sini,
“Menurut pandangan saya, kitab-kitab hadis besar ‘kita’ (ya saya sunni) onesided terhadap ahlul bait.” Teks penuh di sini.
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/07/kopitiam-ghadir-menjawab-rebecca.html
Ini bermakna Faisal tidak mengiktiraf Sahih Muslim sebagai kitab yang berotoriti. Beliau menerima dan menolak hadith Sahih Muslim mengikut selera Syiahnya.

(Blog-Analisa-Faisal-Tehrani: FT juga menggunakan tanda (') sebagai merujuk "kita". Mengapa, ya? Mungkinkah, kerana dia bukan daripada "kita", ASWJ?)

Ibnu Kathir

Sejak bila pula orang Syiah menerima Tafsir Ibnu Katsir sebagai rujukan?

Perlu diberi catatan, bahawa Ibnu Katsir merupakan anak murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Beliau merupakan anak murid seorang tokoh yang paling dibenci oleh oleh orang Syiah. Ibnu Taimiyah antara ulama yang tegas lagi keras menghujjat golongan Syiah.
Perbincangan Ibnu Taimiyah ini turut dibangkitkan oleh penterjemah Rehlah Ibnu Batutah dalam kerta kerjanya pada sesi yang lain. Beliau melahirkan rasa kecewa akibat dikecam menterjemah Rehlah Ibnu Battutah.

Perlu difahami, jika bukan kerana catatan yang salah Ibnu Battutah terhadap Ibnu Taimiyah, tentu sahaja Rehlah Ibnu Battutah tidak dikritik sedemikian rupa. Fitnah terhadap Ibnu Taimiyah dalam catatan tidak cermat ini memberi impak besar.
Ini kerana di belakang Ibnu Taimiyah berdirinya khazanah ilmu Islam yang sangat besar. Anak-anak muridnya sendiri sangat tersohor dalam bidang kelimuan seperti Ibnu Katsir, Adz-Dzahabi dan Ibnu Qayyim Al-Jawziyah. Apabila fitnah ini lekat, maka secara perlahan-lahan khazanah agung Islam di belakangnya perlu ditolak. Ini maksud sebenar fitnah ini.

Abu Hurairah, Orientalis, Syiah dan Faisal Tehrani

Saya turunkan petikan dari wikipedia berkaitan kritikan Syiah terhadap Abu Hurairah. Ini penting kerana hadith yang dibawakan oleh Faisal dilaporkan olah Abu Hurairah. Saya ingin membuktikan bahawa Faisal membawakan hadith dari Abu Hurairah dan Imam Muslim secara berpilih-pilih mengikut selera Syiahnya.
“Terdapat pula golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis yang di sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar yang telah membuat kritikan terhadap hadis dan para perawinya termasuk Abu Hurairah. Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadis. Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa Makanatuha halaman 273-283.
Selain daripada golongan ini terdapat juga kritikan kuat daripada golongan Syiah. Ini mungkin disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan penyokong Ustman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi pegawai dinasti Umayah. Penolakannya menyandang jawatan gabenor ketika ditawarkan oleh Ali r.a. dan ketiadaan hadis yang berisi pujian atau pengistimewaan kepada Ali dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain Abu Hurairah dikritik oleh kaum Syiah.”
Oleh yang demikian itu mengapa pula Faisal mempercayai Abu Hurairah untuk melaporkan hadith tentang Salman. Bukan ia suatu yang kontra. Ini jelas menunjukkan bahawa hadith ini dipetik sesuka hati menurut hawa nafsu pendokong Syiah.

Lalu Sebenarya Apa, Kalau Bukan Abu Hurairah, Imam Muslim dan Ibnu Katsir?

Yang ingin dipromosikan oleh Faisal ialah Jalaluddin Ar-Rumi dan Ali Shariati. Tidak ada tokoh sunni lain yang dijadikan hujjah selepas halaman pertama melainkan Syiah belaka seperti Jalaluddin Rumi, Ali Shariati dan Jalaluddin Rakhmat. Dia menggunakan hadith Imam Muslim dan Tafsir Ibnu Katsir untuk melariskan ideanya.
Yang mana hujung-hujungnya dia ingin mengatakan keutamaan dan kelebihan bangsa Parsi ke atas bangsa lain.

Ya, hadith yang dibawakan memang sahih. Namun seperti kata Ustaz Abu Islam Fathul Bari lewat sms yang dikirimkan, pemahaman terhadap hadith ini perlu diluruskan.

Saya menyemak kitab Sahih Muslim. Nabi Muhammad tidak sahaja menyebutkan tentang Salman yang berbangsa Parsi. Bahkan nabi menyebutkan juga sekian banyak hadith tentang keutamaan kaum-kaum yang lain.

Nabi pernah berdoa untuk Golongan Ansar sehingga ke anak-anak meraka dan cucu-cucu mereka. Jauh lebih besar ruang lingkup doanya berbanding dengan bangsa Parsi. Nabi juga pernah menyebutkan keutamaan kaum Asy’ariyyin, Kabilah Muzainah, Junainah, Ghifar, Kabilah Daus, Bani Tamim dan beberapa yang lain. Saya tegaskan sekali lagi, semua ini disebutkan oleh Imam Muslim di dalam kitab sahihnya.

Jelas sekali puak Syiah ini mengambil hadith sesuka hati dan melupakan hadith-hadith sahih yang lain sesuka hati mereka berdasarkan hawa nafsu.

Penutup
Saya perlu bertanya kepada ITNM akan rasional mereka menjemput dua pembentang yang sangat jelas faham Syiahnya. Ia disengajakan atau tidak disengajakan. Bahkan sebelum ini ITNM telah membenarkan Kopitiam Ghadir dipentaskan di sana, dan khabarnya akan diberikan peluang kali kedua.
Untuk catatan asalnya Kopitiam Ghadir sepatutnya dipentas di premis kerajaan yang lain. Namun atas arahan dari pihak berkuasa agama, kebenaran itu ditarik balik.

Soal Jawab 1 : Isu Syiah

Blog UstazLove:
http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-1-isu-syiah/

11 Jan 2011

Salam…

Seperti yang Ustaz Love janjikan, Ustaz Love akan menjawab pertanyaan Dr. Faisal Tehrani (sama ada beliau sendiri yg bertanya, ataupun ada org yg menggunakan nama beliau untuk bertanya..tiada masalah) pada entry baru… Sebab pertanyaan beliau agak banyak, dan agak rumit sekiranya dijawab pada komen entry berkenaan Kemesraan JAKIM – Syiah sebelum ni..
Pertamanya, Ustaz Love ingin memaklumkan bahawa pandangan Ustaz Love ini tidaklah mewakili mana2 jabatan agama, sebaliknya merupakan pandangan peribadi Ustaz Love..
Ustaz Love agak sibuk siang tadi.. jadi cuma sempat menjawab komen2 secara ringkas dan sambil2 blogwalking… malam ni baru ada kelapangan sikit.. Jadi, Ustaz Love akan cuba menjawab satu persatu persoalan Dr. Faisal..




Sebelum Dr. Faisal menimbulkan persoalan Muslim dan kafir, Dr. Faisal kena memahami dulu konsep Muslim dan kafir dari sudut kontemporari… Supaya tidak ada yang tersalah sangka. Dalam memahami konsep Muslim di Malaysia, mereka adalah org2 yg beragama Islam… serta tidak menyalahinya atau melakukan sesuatu yg terkeluar daripada syariat Islam. Manakala, kafir ini adalah mereka2 yg tidak mendakwa diri mereka Islam.. sebaliknya menganut agama selain Islam.. itu konsep yg paling mudah…

Namun, jika mereka itu mengaku beragama Islam, sebaliknya mereka mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan dan syariat Islam, maka mereka2 itu adalah org2 yg rosak akidah.. atau lebih kasar disebut sebagai murtad (terkeluar drp Islam).

Hukum berbeza antara kafir dan murtad… kerana org kafir yang bernaung dalam sebuah kerajaan Islam, maka mereka adalah kafir zimmi yang dilindungi… Sebaliknya, golongan murtad (walaupun asalnya mereka beragama Islam), mereka2 ini diperangi..

Soal tax payer atau tidak, itu bukan persoalannya.. Sekiranya seseorang itu atheis (tidak beragama / free-thinker) sekalipun, dan duduk dalam negara Malaysia dan bekerja yg mana pendapatannya itu melayakkan beliau untuk dikenakan tax (cukai), maka beliau kena membayar cukai.. begitu juga kalau beliau nak makan kat KFC, tak kira apa pegangan akidah beliau, tax 5% untuk makanan itu beliau kena juga membayarnya…

Sebab membayar cukai adalah tanggungjawab warganegara… tiada kaitan dgn soal agama..
Namun, bila seorang warganegara (beragama Islam) itu melakukan kesalahan dari sudut akidah Islam, maka beliau akan diadili mengikut enakmen undang2 syariah.. dan bukannya undang2 buruh ke, akta cukai ke dsb…

Dalam hal Syiah, kenapa Dr. Faisal beria2 mempertahankan penangkapan golongan ini (walaupun tag di blog Dr. Faisal menulis bahawa “Aku bukanlah Syiah”) dalam pada masa yg sama, Dr. Faisal melupakan kisah penangkapan Abdul Kahar (Rasul Melayu), Abuya (al-Arqam), pengikut2 Ayah Pink (sebutan bahasa ganu..hehe)? Kalau Dr. Faisal boleh terima bahawa ajaran Syiah ini adalah sesat, dan kedudukannya sama tahap dgn ajaran2 sesat yg lain, maka sudah tentu Dr. Faisal tidak akan fokuskan perihal isu Syiah sahaja.. sbb pengikut2 Ayah Pink juga merupakan tax payer, begitu juga pengikut al-Arqam dsb..

Cuma Ustaz Love kurang faham kenyataan Dr. Faisal, “kalau kafir layan mereka kafir. kalau islam layan mereka sebagai islam.”

Apakah maksud Dr. Faisal di sebalik kenyataan ini? apakah layanan kafir yg Dr. Faisal maksudkan.. dan apakah pula layanan sebagai Islam?

Jadi, Ustaz Love buka perbincangan ini seluasnya untuk tujuan dialog..