Thursday, March 31, 2011

Soal Jawab 2 : Isu Syiah

11 Jan 2011

Salam…

Patutnya Ustaz Love nak gi main badminton malam ni… Tapi rasa tak sihat plak.. pastu hujan.. jadi, Ustaz Love tangguhkan dulu la.. sbb Ustaz Love bukanlah Dato’ Lee Chong Wei mahupun Hj. Misbun Sidek yang perlu berlatih setiap hari.. Ustaz Love nak main seminggu sekali pun tak mampu.. hehe..
Jadi, adalah baik Ustaz Love selesaikan sikit demi sedikit persoalan yg bermain daripada pengomen yg menamakan dirinya Dr. Faisal Tehrani ini.. bukanlah Ustaz Love org yg alim yg layak menjawab persoalan Dr. Faisal, tapi disebabkan pertanyaan diajukan ke kotak komen blog Ustaz Love, maka menjadi tanggungjawab Ustaz Love untuk menjawabnya..


Ustaz Love akan cuba menjawab persoalan Dr. Faisal satu persatu.. supaya lebih fokus.. berbanding jawapan umum yg lebih menerawang yang akhirnya tidak dapat menjawab persoalan..

1. Ini kali ke-2 Dr. Faisal menyatakan bahawa Dr. Faisal mengetahui akan fatwa JAKIM dan Jabatan Agama Negeri (JAIN) yg menyatakan bahawa ajaran Syiah ini adalah sesat.. Soal tahu, ramai yg tahu.. persoalan faham atau tidak akan sebab kenapa ia diharamkan itu yg lebih utama..

2. Apa agaknya yg tak kena dengan makan minum dan gelak ketawa delegasi JAKIM tersebut dgn golongan Syiah di London itu? Adakah sekiranya kita tidak mengiktiraf pegangan seseorang itu, menjadikan kita bermasam muka dan mengeluarkan kata2 kesat apabila bertemu dgn mereka? Tidakkah golongan Syiah juga yg memang memusuhi golongan sunnah, tetapi apabila melawat ke Malaysia dan bertemu pemimpin2 negara yang berpegang dgn Ahlus Sunnah, mereka juga bergelak ketawa dan berpeluk2an.. dan makan juga makanan yg disediakan untuk mereka oleh chef2 Ahlus Sunnah? Adakah sikap seperti ini dilabel sebagai taqiyyah?

Sudah tentu tidak bagi Ahlus Sunnah.. ini kerana golongan Ahlus Sunnah mengutamakan hikmah… bahkan penangkapan 200 pengikut Syiah di Gombak juga bukanlah suatu kekejaman… mereka ditangkap untuk didakwan.. Jika didapati bersalah, mereka akan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akidah untuk diselamatkan akidah mereka.. sama seperti yang dilakukan ke atas pengikut al-Arqam dan juga ajaran2 sesat yg lain.

Bahkan sebelum penangkapan itu lagi, JAKIM dgn kerjasama JAIN telah mengadakan sesi penerangan dan dialog berkenaan Syiah ini.. kenapa pada waktu itu, ‘Hujjatul Islam Kamil Zuhairi’ tidak bersoal jawab dengan pegawai jabatan agama yg menjadi panel seminar dan dialog tersebut?
Dr. Faisal jangan buat2 lupa yang sejarah Syiah di Malaysia ini bukan baru setahun jagung… sejak Revolusi Iran tahun 1979 lagi, Syiah telah melebarkan pengaruhnya di Malaysia.. Malah ramai juga Ustaz2 dan Ulamak Malaysia yang terpengaruh dengan Revolusi Syiah tersebut.. jadi, sebenarnya isu Syiah ini dah lama…

Sepatutnya, dah lama JAIS melakukan tangkapan tersebut… kerana adalah tidak adil, setelah sekian lama difatwakan sebagai ajaran sesat, Syiah di Gombak masih gembira ria dengan amalan dan gerakan mereka.. malah ada pula kader2 Syiah untuk menyebarkan fahaman tersebut… sedangkan ajaran2 sesat lain, cepat saja ditangkap dan dilupuskan..

Kalaulah Kota London itu dibawah wilayah jajahan kerajaan Negeri Selangor, Ustaz Love percaya, pihak JAIS pasti akan ke sana untuk melakukan tangkapan (mungkin ada sesi makan2 sikit.. salah ke makan?) :D

Dialog Sunni-Syiah telah menjadi sejarah hitam buat golongan sunnah… apabila menjalin hubungan dgn Syeikhul Azhar, dan banyak kitab2 daripada al-Azhar memasukkan mazhab Ja’fari dan Zaidi dalam kitab2 syarah fiqh… Akhirnya ditikam belakangnya oleh Ayatollah melalui ceramah2 dan penulisan beliau..

Agak2 Dr. Faisal, apakah isi dialog yang diwar2kan sangat itu? Tentang manhaj Syiah? Tentang kebebasan beragama? Atau tentang apa sebenarnya? Mungkin Khwaja2 sanjungan Dr. Faisal itu boleh menyatakan serba sedikit mengenainya…
WA